六根不宁 #icameatlasttothesea
Tirai Huayi gemilang dibuka
Enam Deria gundah-gulana
Lidah hidung lawannya duka
Bunyi dan niat tak jadi ke mana
Sentuh telah lihat pun sudah
Dua terlebih surainya mudah
Soalannya sama menghakis tenaga
Langit ke bumi ke laut juga
血与玫瑰乐队 #bloodandroseensemble
Landasan fesyen palang dan sengit
Pelakon bergaya umpama peraga
Muzik irama bukannya bingit
Penonton teruja tidak terhingga
Sejarah berulang tragedi berjela
Malang sekali teladan dialpa
Tawa dan gelak sejak bermula
Hasil yang baik takkan dilupa
聊斋 #whywechat?
Kisah klasik biasa diperalat
Sylvia tersohor jadi umpanan
Pentas dan visual tiada ralat
Dambaan penonton agak kempunan
咔嚓,卡夫卡 #cutkafka
Pelakon penari bertukar peranan
Kata dan aksi sukar diikat
Usaha gigih buat yang berkenan
Tampak kedut bergaul keringat
Cerita Kafka jadi pedoman
Metamorfosis satunya tumpuan
Muncul pula Sang Hanuman
Bukan katarsis seakan paksaan
爱因与斯坦 #einsteininthecarpark
Tempat parkir terjumpa Einstein
Barat dan Timur serik bertemu
Soalannya dalam bukannya main
Hendak tak hendak pilihan kamu
------
About the reviewer:
CK, a middle-aged uncle who loves theatre, movies, books, jazz and travel. Trying to write again in Malay, a language he was familiar with ages ago.
------
Huayi 2018
Date: 23 Feb - 4 Mar 2018
Venue: Esplanade – Theatres on the Bay
Visit events page